Dunia ni racun berbagai wajah
Ramai yang tersungkur kerana bisanya
Barang yang tak berharga
Jadi buruan manusia
Kaca disangka intan permata
Semalam ku lintasi lorong kelam
Hitam dan putih bagiku serupa
Kernaku terpedaya oleh fatarmogana
Kapalku karam di tengah samudera
Lalu aku berjuang mencari jalan pulang
Namun langkahku penuh halangan
c/o
Tuhanku ..inginku mati hari ini juga
Asalkan kau sedia
ampunkan segala dosa
Ku serah diriku dan takdirku di tanganMu
Berikan ampunan
Limpahkan ku dengan iman
Kiniku sedari hidup untuk mengabdi
Di sana telah pasti
Taman atau nyala api.
