Inspirasi Sebiji Buah Kelapa
Bahagian manakah yang kau pilih?
Dari sebiji buah kelapa
Adakah sabutnya? atau tempurungnya?
Atau isinya atau santannya?
Aku pilih akan minyaknya
Kerana ia jernih bercahaya
Lagi lembut tenanag geraknya
Malah ia banyak gunanya
Untuk masakan untuk kejelitaan
untuk kesihatan
Ya insan ibaratnya diri kita
Seperti sebiji buah kelapa
Empat daerah persinggahan sementara
Ke lima tempat akhir perjalanan
tujuan utama
Di zon ini tidak pernah terdetik
walau secubit keraguan
Di sini kau mengenal erti kesucian
Tiada rasa kekhuatiran
Tiada rasa kesedihan
Ilmumu serba aneka kaulah ulama
Jiwa jernih dan bercahaya
Tenang tenteram bahagia
Laksana minyak kelapa
Ayuh berhijrahlah ke arah lebih baik
Ke suatu destinasi penutup yang suci
Tegakkan di sana pujian lestari
Yang ditujukan khas kepada RabbulIzzati
Semoga kita temui
Selautan cinta yang suci murni
Yang dapat dimanfaatkan
Untuk membahgiakan insan2 yang
menderita.
