Di laluan ini
aku pernah berjalan kaki,
mengenderai basikal, motorsikal
memandu kereta, sering menaiki bas
dan kadang menumpang lori
Di laluan ini sudah acapkali aku kemalangan
kerana memandu dengan gila2
selekohnya terlalu menggoda
membuaikan perasaan
lantas aku memandu laju
belok ke kana dan belok ke kiri
dalam kedudukan 35 darjah
dalam hati menharap sebut dan puji
dan perhatian orang ramai
laluan ini menghala dua tujuan
satu ke utara dan yang satu lagi ke selatan
Dahulu laluan ini penuh hutan di kiri dan kanan
tapi kini ia telah berubah
dipenuhi kebun2 dan pertempatan
laluan ini telah dilebar dan diluruskan
disesuaikan dengan Kemajuan
jalan mengangkut barangan perkilangan
laluan ini telah menyaksikan
ribuan gerak perbuatan
yang terpuji dan keji
ada yang mengulanginya untuk ke masjid
dan ada pula yang menggunakannya untuk membawa bohsia adan jalang
atau barang haram dan curian
dan ke karaoke dan tempat perjudian
jalan ini telah melahirka ramai insan2 yang berguna
mereka2 yang mengutamakan pelajaran
yang kini telah menjawat jawatan2 tinggi
dan meraih gelaran datok dan dr
Di laluan ini telah beberapa orang terserempak
dengan hantu perempuan tanpa wajah
orang tdak berkepala
kenderaan tiba2 berat sewaktu melalui kuburan
ditengah malam sepi dan seram
Sesungguhnya laluan ini keras
kerana ia dibuat dari batu2
laluan ini telah meragut banyak nyawa
kerana telah terjadi banyak kemalangan
ada bas yang bertembung lori
motorsikal terbabas dan berlanggar sesame motosikal
kereta terjun sungai
kereta melanggar morsikal dan pokok
dan banyak lagi pengguna
yang patah tangan, patah kaki dan patah gigi terlanggar babi
kerana laluan ini..
ramai isteri menjadi janda
dan bertambah anak2 yatim
di laluan ini pernah kerbau dan lembu
mati tergolek
kepala pecah dihentam kenderaan
begitu juga kucing dan anjing
lebih banyak mati berbanding yang lain
katak, biawak, ular dan musang
penyek bagai keropok kering
dilenyek sesuka hati
Di laluan ini
beberapa sumber alam diangkut pergi
iaitu kayu balak, getah, kelapa sawit
duria n, sayur2an dan minyak
Semua kenderaan telah melalui lalun ini
kecuali kapal terbang, keretapi,kapal selam
Laluan ini…walaupun mati
malah tidak mampu bergerak dengan sendiri
Namuntelah banyak menakbur bakti
jika laluan ini bisa menangis
Tentu airmatanya memenuhi
lopak2 dan lubang2 jalan
Sewaktu melihat mayat diusung pergi
Berkeranda menuju tempat abadi.
