Tuhan…
Pacakkan gunung itu di hatiku
Agar aku dapat menyedarkan musuhMu dan juga musuhku
Aku adalah pencari
Yang memilih jalanMu
Dan memperjuangkan hak2Mu
Kelmarin aku melintagi sebuah jalanan
Di sana ku temui noda beserakan
Sejumlah lakunan oleh jiwa2 yang berkarat
Sejumlah jiwa2 yang berkarat
Yang beraja di mata bersultan di hati
Aku cuba menyedarkan mereka
lalu dengan perlahan mereka ku hampiri
Aku menasihati mereka supaya menjadi insan sempurna
dan menakutkan mereka akan kesukaran hari kemudian
Tetapi aku menemui tindakbalas yang mengecewakan
kerana segala nasihat dan teguranku
Dengan bersahaja diperolokkan
Begitu juga dengan ayat2Mu
Apabila aku bacakan
Sebahagian mereka menutup kedua telinganya
Dan sebahagian pula memicingkan mata
Mereka merasa mereka tidak perlu
diperingatkan
Seolah2 mereka haiwan
Yang tidak memahami bahasa dan kiasan.
