Segitiga Bermuda

SEgitiga Bermuda
Ia bukan pusat peranginan
Dan bukan pula destinasi pelancungan
Ia tidak seperti taman syurgawi
Yang penuh dengan bungaan dan warna-warni

Segitiga Bermuda
Ia bukan tempat berpoya-poya
Seperti Las VEgas dan Los Angeles
Dan bukan pula tempat suci
Seperti Madinah dan Tanah Haram

Segitiga Bermuda
Adalah lembah puaka
Yang mengorbankan beberapa nyawa
Jika kau tersasar ke sana
Tiada harapan untuk kembali
Kau takkan dapat dikesan
Apatah lagi untuk diselamatkan

Segitiga Bermuda
Adalah sebuah misteri
Yang belum dapat dihuraikan
Oleh sains dan kebijaksanaan
Ia adalah laluan kematian
Tempat kebinasaan dan persemadian
Seinci kau melewati sempadan
Kau akan menjadi kenang-kenangan

Segitiga Bermuda
Di kelilingi lautan
Sebuah kerajaan dan pusat pemerintahan
Dari sinilah beredar kejahatan
Dan perkembangan keji dilapurkan

Kawan!
Jika kau membuat perjalanan
Pilihlah laluan yang selamat
Awas!
Jangan kau tempuh laluan ini
Samada di air atau di udara
Kerana kawasan ini terlalu berbahaya
Pusat iblis dan kuncunya bermaharajalela! Ψ

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.