Suara hati berkata
berbuat baiklah……jujur
Jangan bermain kata2
Jika tidak bersungguh
Lidah terlalu mudah menari2
Kerana ia lembut tak bertulang
Janji manis meluncur dari keletahnya
Lalu yang terpedaya terkecewa
Suara hati sedang meluruskan
Tatkala niat2 hati yang curang muncul
Ketika ia datang
Kau akan sedar kesilapanmu
Lalu kau perbetulkan kedudukan hati yang sebenar
Iaitu ikhlas dan benar
Pantang berselingkuh
Hari2mu tetap berjalan
Dan selagi kau masih bernafas
Niat2 bengkok itu takkan berhenti meracuni
Jika kau ingin selamat
Ikutlah kata suara hati yang baik
Sebelum itu kenalilah ia terlebih dahulu
Yang manakah suarahati yang baik
Sebenarnya.
