Siapakah yang terlebih aniaya dari orang yang mengadakan dusta terhadap Allah? atau ia berkata ; Telah diwahyukan kepadaku, padahal tidak diwahyukan kepadanya suatu jua pun dan orang-orang yang berkata; nanti aku turunkan seumpama yang diturunkan Allah itu ? Jika engkau lihat, ketika orang-orang aniaya dalam kesakitan maut, sedang malaikat memukul denagan tangannya ( lalu berkata ); Keluarkanlah jiwamu! nescaya….. pada hari itu kamu dibalas dengan siksa kehinaan, kerana kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tidak benar dan kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah.
* Ayat ini mengutuk kekufuran Abdullah b. Saad b. Abi Sarah. Semasa menghina Al- Quran, Abdullah pernah berkata; Saya sanggup menurunkan seperti yang diturunkan Allah s.w.t.
