PANDAI DAN MEMANDAI2

Tiada sesiapapun yang mengetahui semua hal, walaupun dia seorang profesor, pensyarah, ahli sains, jurutera, hatta seorang nabi sekali pun. Jika ada dikalangan manusia yang tahu akan semua hal bermakna dia adalah sama dengan Tuhan .
Seorang profesor tidak boleh membanggakan diri dengan mengatakan dia lebih dari orang lain. Memang benar ,seorang yang pakar dalam bidangnya dengan mudah dapat mengupas ilmu yang terdapat dalam bidangnya. Seorang yang khusus dalam bidang sejarah mampu menhuraikan tentang sejarah2 tertentu, seorang yang khusus dalam bidang astronomi pula mampu menghuraikan tentang bumi, bintang, matahari,galaksi dan segala yang berkaitan dalam bidang itu, seseorang yang khusus dlam bidang politik pula mampu memberi huraian dalam hal2 politik.
Kesemua mereka2 yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing tentu terdapat kelemahan dalm bidang yang lain pula. Contohnya saya rasa ahli astronomi kemungkinan besar tidak tahu lansung ilmu tentang masak memasak , ilmu tentang berkebun, ilmu tentang perdukunan dan sebagainya.
Kesimpulannya , jangan kita merendah2kan orang lain sekalipun orang itu dari segi akedemiknya lebih rendah dari kita. Sebenarnya semua ilmu berasal dari Tuhan, tidak kira ilmu agama, ilmu alam ,ilmu sejarah ,ilmu matematik, ilmu astronomi dan lain2, dan Tuhan telah mengagihkannya kepada semua hamba2nya.
Akan tetapi yang sering terjadi apabila seseorang itu mempunyai akedemik yang tinggi ia dengan sengaja memandang rendah orang2 yang tidak berpelajaran seperti penoreh getah , buruh2, pelayan2 kedai makan, tukang basikal, nelayan dan sebagainya.
Sikat merendah2kan orang lain adalah lahir dari sifat sombong, angkuh, berlagak dan lupa diri.
Seorang menteri tidak harus sombong dengan nelayan kerana tanpa nelayan mereka tidak akan dapat makan ikan ,sotong, ketam dan segala hidupan di air. Seorang ahli sains juga tidak boleh sombong dengan penoreh getah kerana jika tiada penoreh getah mereka tidak akan dapattidur di tilam empuk yang dibut dari getah. Seorang doktor pula tidak wajar sombong kepada penanam padi kerana tanpa mereka doktor2 pula tidak akan dapat makan nasi. Seterusnya kiaskanlah pula yang lain2nya.
Seluruh masyarakat manusia di muka ini adalah saling memerlukan antara satu sama lain.Kerana itu kita perlu hidup saling hormat menghormati dan sayang menyayangi. Jangan merendahkan yang lain dan jangan pula meminggirkan. Jangan yang kaya hanya berkawan dengan yang kaya sahaja, dan yang bijak hanya berkawan dengan yang bijak sahaja dan yang berpangkat tinggi hanya berkawan dengan yang berpangkat tinggi sahaja. Mulai dari ini buangkan ego kita. Tanamkan sifat bahawa semua makhluk itu sama sahaja. Kerana setiap orang punya kelebihan,kelemahan dan kekurangan.
Sekian untuk kali ini, semoga Tuhan merahmati anda. Wabillahitaufik.


Free Search Engine Submission

-- END OF FASTSUBMIT LINK -->

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: