Muzik

Wak telah mencuba beberapa kali untuk meninggalkan muzik. Tapi Wak hanya mampu meninggalkannya buat beberapa waktu sahaja. Selepas itu Wak akn kembali kepadanya. Sekarang Wak tak pasti samada akan mencuba lagi.

Muzik mempunyai beberapa kebaikan, namun dalam pada itu terdapat beberapa keburukan pula. yang baiknya muzik memberikan ketenangan pada jiwa dan fikiran. Bila anda kebosanan, keletihan atau kesedihan atau kesunyian cuba dengarkan muzik. Dengan kelembutan dan keunikannya jiwa akan menjadi tenang. Fikiran yang buntu dapat bergerak cergas kembali. hati yang sedih dan sunyi akan terhibur, kebosanan bertukar kepada keriangan.

Muzik yang perlahan akan membawa anda ke suatu tempat yang damai dan tenang. Kadang2 keasyikan menghayatinya membuatkan seolah2 anda sedang berada di tepi air terjun, di sebuah taman bunga, di kawasan pergunungan atau sedang damai melayani kekasih atau orang yang anda sayangi.

Selain itu muzik juga boleh digunakan sebagai alat untuk memotivasi. Begitu banyak lagu2 yang bertemakan ketuhanan, keagamaan, keamanan, kecintaan kepada ibubapa dan negara dan sebagainya. Pendekkata…muzik memainkan peranan penting untuk membina peribadi yang baik.Kerajaan pula telah banyak membuka peluang kepada rakyat Malaysia mencipta lagu2 patriotik. Yang berjaya akan diberikan hadiah dan pengikhrafan. Melalui pertandingan yang diadakan maka muncullah ramai pencipta2 yang berbakat.Tidak dapat dinafikan bahwa pencipta lagu2 patriotik telah banyak menyumbang jasa yang besar dalam membina masyarakat yang berguna.Sebab itu tidak hairan jika ramai dari mereka yang dianugerahkan dengan berbagai anugerah2 dan gelaran.

Evolusi muzik memerlukan waktu yang banyak untuk menerangkannya. Dunia muzik terlalu luas. Dari waktu demi waktu, muzik sentiasa berubah dan berkembang, seiring dengan berkembangnya alat2 muzik. Seruling contohnya , dari seruling ini melahirka banyak alat2 muzik tiupan terbitan seperti saksofon, trombone, flute, trumpet dan sebagainya.Alat2 muzik bertali seperti gitar pula semakin hebat setelah ditambah dengan efek2. begitu juga dengan dram, Keyboard , gitar bass dan alat2 yang lain. Kebanyakan alat muzik telah dimajukan dengan efek2 kerana itu lahirlah muzik2 yang berbagai.Jika diawal zamannya muzik Cuma ada rentak blues dan rock tetapi sekarang ini ia telah ditambah dengan jazz, cha-cha, rumba, bosanova, mambo, pop, disco, rap, hip hop, dan lain2 yang tersangat banyak.

Dewasa ini ramai karyawan muzik yang mempunyai Kehidupan yang baik. Hasil dari usaha yang gigih mereka ini mampu hidup mewah dan terkenal. mereka adalah selibriti yang dipuja, sehingga dijadikan idola oleh peminat2. namun yang menyedihkan, selibriti ini kebanyakannya telah memberikan contoh yang buruk kepada peminatnya. Mereka mengamalkan gaya hidup bebas dengan berpesta gila, berpakaian seksi, seks bebas, bersekedudukan tanpa nikah, berwatak kasar, biadap, menagih arak dan dadah.

Tentu anda masih ingat dengan mendiang Elvis Presley. Beliau mati kerana dadah. Begitu juga Jim Hendrix dan Kurt Cobain. Nkki Sixx pula hampir maut kerana mengambil dadah secara berlebihan. Dalam keadaan nafas yang terhenti jantungnya telah disuntikkan sejumlah adrenalin dan dengan izin Tuhan , dia masih hidup sehingga ke hari ini.

Dadah , arak dan seks bebastelah menyerang pemuzik ( selebriti ) dengan hebatnya. Kerana itu bila disebut sahaja seseorang itu pemuzik, di dalam kepala masyarakat tergambar bahawa mereka2 ini adalah penagih dadah ,penagih arak, dan pengamal seks bebas.Gejala2 ini terlalu sinonim dengan pemuzik, seolah2 saudara kembar dan tak mungkin dapat dipisahkan.

Seterusnya gejala ini bukan sahaja melanda pemuzik barat malah pemuzik ( selebriti ) tempatan juga tidak ketinggalan. Di dada akhbar selalu terpampang berita pemuzik ( penyanyi ) tempatan dithan kerana dadah, arak khalwat dan yang lebih parah ada yang terlibat dalam pembunuhan.
Beberapa orang penyanyi telah beberapa kali ditahan namun mereka masih tidak serik2. Pernah pula beberapa kali belayar di Pusat Serenti. Di sini mereka berhenti sekejap, bila bebas kembali menagih lagi.

Wak bukan mengecam penyanyi lelaki sahaja malah termasuklah penyanyi perempuan. Apakah mereka ini ingin menjadi seperti Elvis Presley ? Jimi Hendrix ? Kurt Cobain? Paris Hilton dan Britney Spears? yang hidup tanpa berlandaskan norma2 hidup yang baik.

Akhbar Utusan Malaysia baru2 ini telah memberitakan tentang statistic muzik tempatan. Statistik 15 tahun yang lalu menunjukkan muzik telah menyumbang pendapatan sebanyak 200 juta setahun kepada negara. Namun pada tahun lalu angka itu merosot menjadi hanya 70 juta. Antara faktor yang menyebabkan ini terjadi adalah kelembaban ekonomi, cetak rompak, lagu2 tidak bermutu, disamoing kebanjiran album2 penyanyi asing.

Muzik menjadi penyumbang pendapatan kepada individu yang terlibat dalam bidang ini. Antaranya ialah penyanyi, pemuzik, composer, jurutera muzik, pengeluar dan penjual. Jika sambutan ke atas album tidak menggalakan, maka mereka yang terlibat agak sukar cari makan. Apatah lagi jika iada undangan pentas dan majlis2 keraian.

Wak adalah orang yang meminati muzik. Wak suka kepada semua jenis muzik tetapi yang menjadi pilihan ialah muzik rock.Dalam sehari Wak luangkan masa selama # atau 4 jam untuk mendengar muzik. Wak juga boleh bermain gitar, bass, keyboard dan dram. Tidak professional dan Cuma untuk suka2. Pemuzik pilihan Wak ialah Jimi Hendrix, Mlmsteen, Stevie Ray Vaughn, Carlos Santana dan ramai lagi. Wak amat meminati petikan gitar Stevie Ray Vaughn. Semasa mendengar lagunya yang berjudul Little Wing Wak tergambarkan jari jemarinya bergerak pantas seperti gerak kaki labah2 sedang berlari. Bagi Wak caranya bermain amat menakjubkan. jika anda tak percaya cubalah dengarkan sendiri.
Begitu juga J. Hendrix, tidak kurang hebatnya. Carlos Santana, Mlmsteen dan beberapa pemuzik tempatan. Mereka semua merupakan pemuzik hebat, sebab itu mereka boleh teruskan hidup dengan hanya berbekalkan gitar.

Carlos Santana terkenal kerana Black magic Woman dan Europa. Mlmsteen pula dengan Black Star dan Never Dienya, Jinmi Hendrix dengan Vodoo Chilenya, Man Kidal dengan Belenggu Kidalnya , Rosli Mohalim dengan Musibahnya Dan Chot ( Cromox ) dengan I’M Not Belong Here. Lagu yang baik terhasil dari pemuzik yang baik pula. Mereka semua telah diikhtiraf sebagai pemuzik yang baik. Buktinya lagu2 mereka selalu kedengaran di corong radio dan televisyen. Itulah dia penangan lagu2 yang evergreen.

Muzik tidak dapat dipisahkan dari hidup Wak, kerana itu hingga hari ini Wak masih bersama2 muzik. Walau ke mana Wak pergi, Wak akan tetap mendengar muzik. Dari rumah hinggalah ke dalam kereta, di kedai2 makan, pusat beli belah dan di merata2 tempat. Bagi Wak muzik adalah santapan rohani, sebab itu jika jiwa tidak diberi makan dengan muzik ia sama seperti tubuh yang tidak diberikan makanan. Ia lemah dan lesu.

Muzik buatan manusia menjadi kegemaran. Akan tetapi ada satu lagi muzik yang lebih Wak minati iaitu muzik alam. Muzik alam ialah apa yang dikata orang ´Sound of Nature’. Muzik jenis ini kejadiannya lebih halus dan lembut. Kerana itu ia sesuai kepada jiwa yang halus dan lembut. Bagi mereka yang berjiwa kasar mungkin tidak menggemari muzik jenis ini dan bagi mereka melayaninya hanya membuang masa.

Jika anda duduk di tepi sungai akan mendengar mendengar berbagai muzik alam. Antaranya bunyi kocakan air, desiran angina, kicauau burung,nyanyian cengkerik ,bunyi tupai , bunyi daun yang berguguran dan berbagai lagi bunyi yabg sangat unik. Muzik2 ini memberi ketenangan yang lebih berbanding muzik ciptaan manusia.Muzik jenis ini lebih mendekatkan kita kepada Pencipta, bunyi buatan manusia pula lebih banyak melalaikan.

Kata orang yang salih dan mengetahui, muzik alam adalah puji pujian alam itu kepada Tuhan. Tapi bagi orang biasa ia Cuma bunyi yang kosong dan membosankan. Mereka tidak mengetahui kerana pendengaran mereka terdinding akan suara2 puji pujian itu.

Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi dilain kali. Wassallam

One response to this post.

  1. vzgeI5 xjgokpbysxyf, [url=http://xrnavvjhceyp.com/]xrnavvjhceyp[/url], [link=http://gbjbxkoahbyt.com/]gbjbxkoahbyt[/link], http://szdxpbllxkzi.com/

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: