Parkia speciosa hassk

Buahnya berjuntai .Saiznya panjang.Bila ditiup angin ia berayun2. Matanya ada yang besar dan ada yang kecil.Ada yang rasanya manis, ada yang sangak.Walaupun baunya tidak menyenangkan, namun ia tetap digemari. Penggemarnya  terdiri dari orang Melayu. asli, Cina , India dan sebagainya. Ia boleh dimakan mentah. Menunya ialah gulai, asam pedas, jeruk dan ulam. Tetapi yang paling popular ialah masak tumis ikan bilis. Orang Melayu selalu menghidangkannya sebagai juadah kenduri kendara.

Khasiatnya untuk mencuci usus, menyembuhkan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Bila dimakan dengan kuatiti yang banyak akan menybabkan perut sakit hendak buang air besar.

Parkia spreciosa Hassk, Itulah nama saintifik bagi petai. Ia merupakan sejenis sayuran yang membuatkan anda awet muda, jika selalu dimakan. Tetapi ia tidak sesuai dimakan begitu sahaja. Ia paling sesuai dimakan dengan nasi putih bersama laku pauk.Penggemarnya bukan sahaja terdiri dari oranng2 kampung malah juga orang2 bandar. Antara mereka termasuklah orang2 tua, remaja dan kanak2 , lelaki , malah orang perempuan.

Jika mahukan petai yang segar berkunjunglah ke kawasan 2pedalaman dan kampung2.Kawasan ini merupakan pusat pengeluaran bagi petai. Ia mudah didapati samada yang tumbuh liar di hutan da yang ditanam di kebun2. Harganya tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu ia menjadi sumber pendapatan lumayan bagi orang di sini. Selalunya ia bermusim dua kali setahun . Di anggarkan ia mempunyai 60 species. Cuma 4 yang terdapat di semenanjung iaitu petai kerayung (Parkia javanic), petai meranti(Parkia singularis), petai biasa (Parkia speciosa) dan petai nering (Parkiamsumatrana).

Sebagai pesanan , berhati2lah apabila anda memakan petai, kerana ia meninggalkan kesan bau yang busuk di bilik air anda. Elakkanlah makan peti sejurus akan menghadiri mesyuarat, temuduga, majlis keramaian atau ke tempat2 terdapat orang yang ramai.

Begitulah halnya petai. Walaupun rasanya enak tetapi baunya tidak enak.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: