Dulu dan sekarang

Fasa2 kegagalan telah aku lalui
Begitu juga fasa2 kekecewaan
Kegagalan dan kekecewaan
tidak dapat dipisahkan
selain itu temankaribnya
adalah airmata, kemurungan, dendam
lemah dan sakit hati

Kini aku berjalan gagah menuju ke hadapan
mengejar cita2 mengendung sebuah harapan
Kegagalan dan sekelian temannya
Ku tinggalkan jauh di belakang
Benci pada semuanya tanpa kerinduan

Kebahagiaan adalah milik Tuhan
Begitu juga keselamatan, kekayaan jiwa
Dia memberikan kepada siapa2 yang dikehendakiNya
Tapi syaratnya kau harus berusaha sekuat tenaga
tanpa pedulikan penat lelah atau jemu
Jika kau didatangi rasa malas dan jemu berusaha
Jangan dibiarkan…gagahkan diri untuk menundukkannya
Jika kau biarkan…cita2 untuk mendapatkan
sebuah kebahgiaan ( kejayaan )
hanya sebuah angan2

Dulu semasa aku kecil sebesar telapak tangan
Hidup aku penuh kesenanagn
Hari2 ku lalui Cuma dengan makan minum
Kemudian aku semakin membesar
Masih lagi hidup penuh keriangan
Siang malam, pagi petang
Siang malam, pagi petang
tak henti2 bermain
Fikiranku tak pernah runsing
Tak pernah kacau…apatah lagi haru biru
Tapi apabila aku meningkat remaja
Aku mula mengenal kepayahan
Cabaran dan dugaan datang tanpa diundang

Keindahan dunia…. buatku kecundang
Kepayahan…..menciptakan suatu penderitaan
Aku hanyut dibawa arus keduniaan
Dunia khayalan menghantarkan ejen2nya untuk melalaikan aku
Iaitu weng, paipon dan bohsia dan jalang

Menurutkan hawa nafsu adalah suatu kebodohan
Bila kau sudah dikuasai
Kau akan jauh dari Tuhan
Hari2 yang kau lalui sia2 kerana
dalam kepalamu dipenuhi fikiran2 gila
Bukannya hal yang memberi ketenangan
Iaitu zikir dan fakir

Pengabadian Itulah tujuan kita dijadikan
Aku tidak malu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan
walaupun seluruh tubuh dan jiwaku pernah berpalit dosa
Dosa2 itu telah lama aku buang
Kerana aku telah mandi dengan air taubat

Kini…kedua persimpangan tidak lagi mengelirukan
Yang benar jelas kelihatan
yang salah dijelaskan perlahan2
Cuma terkadang aku terbabas juga
laluku biarkan syaitan memimpin tanganku
Mengikutnya ke sudut kegelapan
Namun tidaklah keterlaluan

Hidup tanpa dosa
lebih membahagiakan
Walaupun terjauh dari kenikmatan
Hidup penuh dosa
Bahagia Cuma sementara
Di hujung umur kau menderita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: