Kejahatan / Tauhid

Kejahatan

Kejahatan itu berevolusi
Ia membenih, tumbuh,membesar
dan membiak…
Akhirnya akan menguasai dunia ini
Ketika itu bagaimanakah anda?
Terselamatkah atau binasa?

Tauhid

Hai insan yang berakal
Ketahuilah …bahawa pada
segala benda yang wujud di dunia ini
Terkandung perumpamaan

Terkadang…persoalan sulit
tak terpecahkan dek akal fikiranmu
Tapi dapat diselesaikan dengan perumpamaan
yang dihantar melalui ilham

Orang yang buta mata hatinya
Takkan dapat melihat kebenaran
Apatah lagi untuk mengakui kebenaran itu
Kecuali hati yang menerima pancaran iman
Amat mudah mengakui tanpa dipaksa
dan huraian yang panjang

Ketahuilah …akal tidak mampu menampung
segala kreativiti Tuhan
Kerana akal itu fitrahnya dicipta hanya untuk
mengakui logika
Sedang logika itu punya sempadan
Apabila sesuatu perkara melampaui sempadan
Maka dengan segera akal menolak

Ketahuilah…iman diperlukan untuk meyakini sesuatu
yang di luar logika
Apabila iman lemah maka kesannya
seseorang akan mendustakan sesuatu yang di luar kebiasaan
Seperti peristiwa Israk dan Mikraj dan yang seumpamanya

Kejadian2 luarbiasa dan ajaib dipertunjukkan
Adalah untuk membuka mata manusia dan menyedarkan
siapa yang berkuasa sebenarnya
Di sebalik sesuatu peristiwa ajaib Tuhan menyatakan keagungan da kekuasaanNya
Maka setelah direnung dan dihayati dengan mendalam
Ada yang berubah Tauhidnya menjadi jernih
Ia lalu mengerti bahawa makhluk bukan yang berkuasa
tetapi Tuhanlah Yang Berkuasa
Jikalau makhluk Yang Berkuasa
Kenapa api tidak membakar Ibrahim?

Peristiwa Ibrahim ini adalah suatu pelajaran
Yang memberikan satu keyakinan
Bahawa makhluk sama sekali tidak
mempunyai walau sebesar zarah kuasa
Apatah lagi jika lebih dari itu

Dalam menjalani kehidupan seharian
Kita ditemukan setiap sebab melahirkan akibat
Kita teguhkan keyakinan
seseorang menjadi kaya kerana banyak wang
Seseorang jadi bijak kerana belajar
Seseorang jadi sihat kerana cukup makan
dan seseorang selamat kerana berhati2
Dan bermacam2 lagi sebab yang melahirkan akibat

Semua ini tertakluk pada hukum logika
Kerana itu sebahagian besar dari kita
Telah meyakini segalanya terjadi
disebabkan sesuatu(makhluk)
Keyakinan kita pada keupayaan makhluk terlalu tinggi
Lalu menganggap makhluk punya kuasa mutlak
untuk menentukan sesuatu

Lantaran itu terdapat peniaga
Yang melariskan jualan dengan cara menipu pembeli
Kerana hendak mengaut untung besar
Pejuang takut menegakkan kebenaran
kerana takut ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh
Si isteri takut meminta cerai dari suami yang fasik
Kerana takut hilang kesenangan
Orang bawahan mengikut telunjuk orang atasan
yang terangan menyeleweng
Kerana takut dilucutkan jawatan
Dan seribu satu macam ketakutan lagi yang tak terkira banyaknya

Ketahuilah…keyakinan yang bulat kepada kekuasaan makhluk
Adalah suatu kejahilan
Malahan merupakan suatu kesesatan
Maka dari itu mulai saat ini
Genggamlah dengan kemas
Bahwa segala gerak dan diam, baik dan buruk
Adalah kerana Allah..bukan makhluk
Itulah yang sebersih2 Tauhid

Jangan lagi memuja dan bersandar pada makhluk
Sehingga melupakan yang empunya makhluk

Ingatlah lagi bahwa makhluk berkuasa
Tuhan pula Yang Berkuasa
Makhluk berkehendak Tuhan pula Yang Berkehendak
Jika seluruh manusaia dan jin
ingin melakukan sesuatu tetapi Tuhan
tidak mengizinkan
sesuatu itu tidak akan terjadi
Begitu jugalah sebaliknya

Akhirkata …sucikanlah hatimu
dengan Tauhid yang sebenar2 nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: