Pertemuan Seterusnya

Berapa lama mestiku mencari?
Pertemuan seterusnya yang hangat
Dara pujaan hati
yang parnah mendamai hati
Dari pandangan dan sentuhan ruhani

Mungkinkah kini dia sudah dimiliki?
Jika benar alangkah bertuahnya si lelaki
Bertemankan sang puteri
Wajah indah berseri
Lembut bagai sutera yang putih

Pencarian bermula
Setelah aku kembali
Dari medan perang penuh erti
Kini aku telah bersedia
Untuk menerima dan memberi
Selautan kasih selangit bakti

Wahai dewi!
Dengarkanlah keluhan
Dengarkanlah rintihan
Dari hati kecilku
Moga kau dapat mengerti
Apa yang tersirat di sanubari
Apa yang terpendam selama ini

Pertemuan semula
Aku harap kan tercipta
Dengan haruman dan hiasan paling indah

Walau kau tak pernah hadir dalam mimpi
Namun kau sentiasa di ilusi
Wajahmu terpahat di hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: