Pulau Impian

Dengan kolek buruk ini
Aku belayar ke pulau impian
meredah lautan luas
Yang biru kehitaman

Untuk sampai ke tujuan
Tujuh lautan harus dilintasi
di sini tiada jalan pintas
dan banyak pula bahaya menanti

Kolek burukku tak dapat mengelak
dari pukulan ombak yamg keras
dari hentaman ribut yang galak
dari tujahan jerung yang galak

Kerana kecilnya kolekku
Aku tak dapat bawa banyak bekalan
Aku terpaksa selalu berlapar
Dan terpaksa pula selalu kehausan

Perjalanan ini melelahkan
kadang2 meragukan
Di kala ada kekuatan mudah aku ciptakan kelajuan
Bila bosan ku kayuh perlahan

Pernah aku kehabisan bekalan
Dan pernahnpula kolekku kebocoran
Pengayuh pula pernah kepatahan
ketika itu dicengkam ketakutan
bagaikan hilang arah tujuan

Kepayahan hanyalah sementara
Bukankah segalanya ujian
Di setiap kesusahan akan turun pertolongan
Jika kau bersandar pada keyakinan

Di setiap tempat persinggahan
samada pelabuhan atau pertempatan
pasti ada yang ingin menumpang
tapi keadaan tidak mengizinkan
Maka mereka aku tinggalkan

Apa nak jadi seterusnya?
Kolekku terus meluncur membelah lautan
Kompasku buruj2 dan bintang2
Temanku burung2 dan ikan2

tapi kini kolekku kembali ke permulaan
Kerana dipukul ombak berterusan
Di manakah pulau impian?
Yang selama ini ku idam2kan

Kini aku mengerti
bukannya mudah mencapai tujuan
Pulau impian penuh sekatan
Melihat dari jauh pun aku kempunan
Apatah pula berlabuh di pangkuan

Jika kau ke pulau impian
Seharusnya punya cukup keperluan
Kalau sekadar kolek buruk sebagai jalan
Entahlah….mungkin kau akan merasakan
Apa yang telah aku rasakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: