Satu hari untuk Tuhan

Apakah kau keberatan?
Atau malas? atau memandang ringan?
Untuk mempersembahkan secarik ibadah untuk Tuhan?

Sepanjang umurmu kau telah mengecap
berbagai nikmat
Kau telah merasa nikmat makan, nikmat minum, nikmat sihat, nikmat melihat, nikmat mendengar,nikmat menyentuh dan merasa
nikmat keghairahan dan lain2 nikmat lagi

Tuhan telah menganugerahkanmu bermacam2 rezeki berupa
makanan, minuman, ilmu, isteri dan anak2,
kerja yang baik, pangkat dan kedudukan, saudara dan sahabat handai
dan kekayaan …kemewahan

Setelah itu pernahkah kau terfikir?
Apakah cara untuk mensyukuri nikmat itu?
Jika kau pernah terfikir mengapa masih lagi
berdiam diri, berpeluk tubuh dan terbaring lesu?
sambil tersengih dan bermain2 …berjenaka

Satu hari untuk Tuhan
Itulah yang ingin aku tekankan!
Dimana dihari ini seharusnya kau khususkan
untuk mensyukuri nikmat Tuhanmu
Yang tak terkira banyaknya
Dengan mengerjakan ibadah seperti
zikir, solat berjemaah, berpuasa, membaca Al Quran dan bersedekah

Ia tidak mengambil masa yang lama
cuma sehari
Itu pun cuma beberapa jam
Mulai dari pukul 7.30 pagi hingga 7.30 malam
Selepas itu berbukalah dan berehatlah
Dan Tuhan pasti akan menyayangimu!

Firman Tuhan: Kebanyakan dari hamb2Ku tidak bersyukur!
Tanyakan kepada diri: Adakah aku bersyukur?

Bersyukurlah wahai teman2
Lihatlah kedua matamu..ada keduanya dan
tidak buta
Telingamu juga ada dua dan tidak pekak
Tanganmu ada dua dan tidak kaku
Begitu juga kaki dan setiap anggota tubuhmu

Semua ini perlu disyukuri
Kerana ia adalah sebesar2 nikmat
Nilainya tidak dapat diukur
dengan ringgit dan harta
Jika ianya rosak dan cacat
Tida manusia yang dapat mengadakannya
seperti sediakala

Satu hari untuk Tuhan
Suatu kebiasaan yang perlu diamalkan
Oleh setiap individu muslim
Dalam sebulan cuma sehari
Takkan itupun masih tidak mampu?
Jika kau mampu buat 2 atau 3 atau 4 hari
atau lebih dari itu lagi baik
Sebagai tanda engkau benar2 mensyukuri
nikmat Tuhanmu

Lakukanlah ! Jangan berlengah lagi!
Mungkin kau ingin tahu apakah hikmahnya
Susah aku nak terangkan
kerana ia soal rasa
Lakukanlah! sahaja …
Nanti kau akan mengerti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: