Tiada kekecewaan

——————————————————————————–
Idup tak selalunya indah
Ada suka ada duka
Tawa dan tangis bertukar ganti
Susah senang ,kalah ,menang
dan kecundang
Adalah corak berwarna warni
Yang dilakar di kertas kehidupan
Oleh yang empunya dunia

Patutkah engkau merasa marah?
Jikalau kehilangan sesuatu yang amat disayangi?
Dan patutkah engkau menyumpah seranah?
Apabila ditimpa kesakitan di tubuhmu

Ada orang menagih alkohol
Kerana hilang pekerjaan
Ada orang menagih morfin
kerana kematian orang tersayang
Ada orang jadi gila kerana kalah judi
Dan ada orang bunuh diri
Kerana ditinggalkan kekasih

Kawan….sebenarnya orang yang percaya
Tidak ada kekecewaan dalam kamus hidupnya
Sebesar manapun dugaan menimpa
Tetap dihadapi penuh tabah
Hati dan fikiran tenang
mencari penyelesaian

Mereka yang sabar adalah oranr2 yang berjiwa besar
Yang menyerahkan seluruh dirinya
kepada Tuhan
Mereka menerima kepayahan
seperti menerima kesenangan
Antara kaca dan berlian
Tidak dibeza2kan

Ingatlah …sesuatu yang negatif
Bisa jadi positif
Asalkan kau bijak kendalikan
akal dan hatimu

Kekecewaan dan putus asa
Hanya dirasai oleh insan2 yang lemah
Yang mudah mengalah
Tanpa mencuba sedaya upaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: