Asal usul hadiah Nobel

Hadiah Nobel telah dimulakan sejak 1901 berdasarkan wasiat pencipta dan ahli kimia terkemuka Sweden, Alfred Nobel. Beliau yang dilahirkan pada 21 Okt 1833 dan meninggal dunia pada 10 Dis 1896,juga seorang ahli perniagaan,hidup kaya raya kerana kebijaksanaannya selain memegang hak cipta terhadap 355 paten ciptaannya.

Hadiah tersebut merangkumi 6 kategori iaitu keamanan,kimia,fizik,kesusuteraan,ekonomi dan perubatan.

Berikutan satu kesilapan laporan kematiannya oleh sebuah akhbar Perancis dengan tajuk ” Ahli Perniagaan maut akhirnya meninggal dunia” walhal yang mati adalah abangnya Ludvig, telah membuatkan Nobel menulis semula wasiatnya…sebagai satu usaha menebus kesilapannya mencipta dinamit yang telah disalah guna untuk tujuan peperangan.

Oleh itu Nobel mewasiatkan 94% dari hartanya yang berjumlah 31 juta kronors bersamaan dengan AS 186 juta nilai sekarang untuk membiayai 5 kategori hadiah Nobel. Hadiah Nobel ekonomi hanya diperkenalkan pada 1969.

Malangnya Nobel tidak sempat menyaksikan penubuhan majlis Hadiah Nobel apabila meninggal setahun kemudian. mereka yang bertanggungjawab terhadap wasiat Nobel.Ragnar Sohlman dan Rudolph Lilljequist berjaya menubuhkan Yayasan Nobel pada 1897.

Tinggalkan komen