LailatulQAdar 5

Lailatul Qadar

Ramadhan kembali lagi
Setiap Kali ia datang macam gergaji
Yang akan memotong segala sendi
Dan memaksamu tunduk akan perintah Ilahi

Manusia tiada pilihan
Samada rela atau terpaksa
Berpuasa sebulan wajib dikerjakan
Sebagai tanda kehambaan

Mengerjakan ibadah puasa ibarat kewajiban seorang bapa
Memberi makan anak bini
Jika diabaikan rendahlah nilai diri
Mendapat amarah dan kutukan

Aduh!betapa hausnye tekak
Betapa laparnye perut
Betapa sakit dan lenguhnye persendian
Berat dan lemahnye badan
Hati bagaikan terbakar…..kepanasan

Itu semua adalah ujian
Akan kesabaran dan keimanan
JIka ibadahmu benar2 ikhlas dan mengharapkan
LailatulQadar dalam genggaman
JIka kau mendapatkan segala kepayahan tak terasakan
Semuanya terpadam kerana kepuasan.

Tinggalkan komen