Ketemukan Syurga

Syurga…

Aku telah ketemukan

Dan aku sedang melihat

Seribu keindahan padanya

Dan sedang menikmati

Sejuta lazat rasanya

Di syurga ini

Aku sentiasa berahi

Kerana di kelilingi

Bidadari2 yang menggiurkan

Bila aku memandang mereka

Terasa di hati aku sangat sayangkan mereka

Terus terbayangkan asmara

           Syukur kepada Tuhan

            Yang tak terhingga

Subhanallah ku lafazkan

Atas anugerah ini

Kepayahan perjuangan selama ini

Tidak Kau siakan

Kau memberi seperti yang Kau janjikan

Dan nikmat tertinggi di syurga ini

Dapat melihat Kau setiap hari.

Tinggalkan komen