Menanam petai

Menanam petai adalah satu kerja yg mudah.Bagi org yg pe malas atau tiada masa utk mengurus tanaman dgn baik disyorkan agar menanam petai.Ini kerana pokok tidak memerlukan penjagaan yg rapi spt menebas semak di keliling pokok,tk perlu meracun dan juga baja.Ini kerana anak pokok petai boleh hidup dgn baik walaupun dlm kwsn yg semak.Pokok petai suka dikwsn yg teduh.

Demikian kelebihan pokok petai.Kelemahannya pula ialah ia amat lambat mengeluarkan hasil.Paling cepat 10 tahun.Petai yang wak tanam sudah berumur 20 tahun tapi masih belum pernah berbuah.

uuuu

BINTANG 2

Sekurun lama tak bersua
Bagai lautan menghempas pantai
Diri terpukul akan kerinduan
Lama aku mengharap2 pertemuan
kembali untuk kesinambungan

Semoga jangan sekalipun terhenti
Dalam aku gelap kegelisahan
Tiba2 kau muncul kembali
memberi sinar baru untukku

Tubuh yang longlai deras berdiri
sasa dan kukuh sambil
mengamat2ti warna tulus dan asli
kekuningan kencana.

Bintang kaulah bintang
menyinari petang terang
Timbul dan tenggelam
di celah2 awan
pertemuan ini tak aku siakan
laluku ciptakan keindahan atas keindahan
Kau ku dakap erat
tuk lepaskan kerinduan
Dua sinar mata pun bertemu
Menciptakan sebuah pintu
Untukku dan untukmu
Pintu yang membukakan
jalan ke langit yang tertinggi.

Low Profile

LOW PROFILE
Low profile bukan bermakna anda hanya bsrpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Ia sebenarnya bermaksud anda berusaha dan berikhtiar melakukan sesuatu , dan seandainya usaha anda berjaya anda tidak merasa bangga dengan kejayaan anda itu serta tidak merasakan diri anda lebih baik berbanding orang lain.

Internet

Tiap2 hari aku ke cc
Untuk mengisi masa
Aku terlampau asyik dengan internet
sehingga aku sanggup tinggalkan kerja
Sekarang ini kerja aku banyak yang terbengkalai

Beruntungnya kita punyai internet
Dulu tanpanya pengetahuan kita amat terbatas
Kalau mahukan sesuatu maklumat
Kena cari dalam buku ,kitab dan majalah
Modal pun kena lebih sebab harga media kertas tinggi
Kalau tak cukup wang bahan 2 tak dapat dimiliki

Internet terlalu banyak kebaikannya
Selain untuk mendapatkan ilmu dan maklumat
boleh juga digunakan untuk berhubung dengan semua orang
Samada ibu, bapa, adik kakak, kawan dan sebagainya
Malahan pernah seseorang memeluk Islam
juga melalui internet dimana dia
Melafazkan syahadah disaksikan orang islam lain
dan lafaznya juga didengari,bukankah komputer mempunyai mic?

Internet juga meyediakan peluang untuk mencari
ramai kawan
pengguna boleh bercating di mirc, membuka akuan
di laman2 web tempat mencari kenalan yang ada bermacam2
seperti TAGGED, Friendster, myspace dan lain2

Dengan adanya internet juga peluang
untuk meningkatkan perniagaan lebih
terdedah
Anda cuma perlu buatkan satu laman web
berbayar atau percuma ,lepas tu
pandai2lah pula mempopularkannya.

Setiap benda yang baik pasti
ada pula keburukannya
Internet bukan sahaja mampu membuat
orang jadi lebih bijak dan baik
Tetapi juga mampu merosakkan dan
membuatkan orang jadi jahat
kerana di internet gambar aksi2 porno dan ganas
sangat mudah didapati
Bukan itu sahaja di internet juga
banyak tersebar berita2 palsu dan bermacam2 fitnah
kesimpulannya , siapa yang terpedaya
akan rosaklah dirinya.

PANDAI DAN MEMANDAI2

Tiada sesiapapun yang mengetahui semua hal, walaupun dia seorang profesor, pensyarah, ahli sains, jurutera, hatta seorang nabi sekali pun. Jika ada dikalangan manusia yang tahu akan semua hal bermakna dia adalah sama dengan Tuhan .
Seorang profesor tidak boleh membanggakan diri dengan mengatakan dia lebih dari orang lain. Memang benar ,seorang yang pakar dalam bidangnya dengan mudah dapat mengupas ilmu yang terdapat dalam bidangnya. Seorang yang khusus dalam bidang sejarah mampu menhuraikan tentang sejarah2 tertentu, seorang yang khusus dalam bidang astronomi pula mampu menghuraikan tentang bumi, bintang, matahari,galaksi dan segala yang berkaitan dalam bidang itu, seseorang yang khusus dlam bidang politik pula mampu memberi huraian dalam hal2 politik.
Kesemua mereka2 yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing tentu terdapat kelemahan dalm bidang yang lain pula. Contohnya saya rasa ahli astronomi kemungkinan besar tidak tahu lansung ilmu tentang masak memasak , ilmu tentang berkebun, ilmu tentang perdukunan dan sebagainya.
Kesimpulannya , jangan kita merendah2kan orang lain sekalipun orang itu dari segi akedemiknya lebih rendah dari kita. Sebenarnya semua ilmu berasal dari Tuhan, tidak kira ilmu agama, ilmu alam ,ilmu sejarah ,ilmu matematik, ilmu astronomi dan lain2, dan Tuhan telah mengagihkannya kepada semua hamba2nya.
Akan tetapi yang sering terjadi apabila seseorang itu mempunyai akedemik yang tinggi ia dengan sengaja memandang rendah orang2 yang tidak berpelajaran seperti penoreh getah , buruh2, pelayan2 kedai makan, tukang basikal, nelayan dan sebagainya.
Sikat merendah2kan orang lain adalah lahir dari sifat sombong, angkuh, berlagak dan lupa diri.
Seorang menteri tidak harus sombong dengan nelayan kerana tanpa nelayan mereka tidak akan dapat makan ikan ,sotong, ketam dan segala hidupan di air. Seorang ahli sains juga tidak boleh sombong dengan penoreh getah kerana jika tiada penoreh getah mereka tidak akan dapattidur di tilam empuk yang dibut dari getah. Seorang doktor pula tidak wajar sombong kepada penanam padi kerana tanpa mereka doktor2 pula tidak akan dapat makan nasi. Seterusnya kiaskanlah pula yang lain2nya.
Seluruh masyarakat manusia di muka ini adalah saling memerlukan antara satu sama lain.Kerana itu kita perlu hidup saling hormat menghormati dan sayang menyayangi. Jangan merendahkan yang lain dan jangan pula meminggirkan. Jangan yang kaya hanya berkawan dengan yang kaya sahaja, dan yang bijak hanya berkawan dengan yang bijak sahaja dan yang berpangkat tinggi hanya berkawan dengan yang berpangkat tinggi sahaja. Mulai dari ini buangkan ego kita. Tanamkan sifat bahawa semua makhluk itu sama sahaja. Kerana setiap orang punya kelebihan,kelemahan dan kekurangan.
Sekian untuk kali ini, semoga Tuhan merahmati anda. Wabillahitaufik.


Ibu

Wahai teman2, sekelian! anda hendaklah selalu ingatkan pengorbanan ibu anda. Mudah2an dengan berbuat demikian anda akan mendapat kesedaran dan kasih kepadnya bertambah. Santunilah ibu anda dengan penuh kasih sayang. Jagalah ia seperti ia menjaga anda sewaktu anda kecil. Jika ia dalam kesusahan bantulah ia menyelesaikan kesusahannya. Jika ia sakit jaga dan rawatlah ia. Jika ia memberikan teguran dan nasihaT UCAPKANLAH TERIMAKASIH, JANGAN SEKALI-KALI MEMBANTAH APATAH LAGI MENJAWAB DENGAN KATA2 YANG KESAT.
Nabi pernah bersabda: syurga terletak di bawah telapak kai ibu. Itu menunjukkan kedudukan ibu lebih tinggi dari syurga. Syurga tidak akan menerima masuk anak yang derhaka kepada ibunya. Selagi si ibu belum memaafkan anaknya selagi itulah pintu syurga tertutup rapat untuk sianak.
Setelah dewasa ramai anak2 tidak melayan ibu mereka seperti yang sepatutnya. Seolah2 ibu tidak pernah berjasa kepada mereka.Inikah balasan yang ibu dapat? Pengorbanan mereka dibalas dengan layanan yang tidak adil. Ibu2 dikasari dan dipinggirkan. Ibu dicaci dan dimaki sesuka hati, dihamun dan diherdik. Kehadiran ibu terasa menyusahkan, kerana itu ada antara anak yang tergamak menghalau ibunya sendiri. Dengan hati yang sedih dan terluka siibu melangkah pergi. Walaupun ia diperlakukan dengan buruk namun seorang ibu masih dapat memaafkan anaknya, dan ia masih sudi mendoakan akan kebahagiaan anaknya.

‘Syurga itu di bawah telapak kaki ibu’ Begitulah sepotong ayat dari lagu dendangan Aishah. Tak usah kita susah2 mencari siapakah yang menulis lirik dan lagu tersebut, yang paling perlu dibuat ialah jagalah ibu kita sebaik2nya. Janganlah berlaku kejam kepadanya. Ingatlah ! jika satu titis air mata ibu jatuh ke bumi kerana terluka dengan anaknya nescaya bumi akan melaknat si anak sehinggalah siibu memaafkan.
Sekian untuk kali ini .Wabillah hi taufik.

Harapan

Aku gagal lagi dalam ujian ini
cubaan kali ini mungkin yang ke seratus kali
Kelak menjadi yang kesejuta kali
benteng yang menghalang keras sekali

Aku sangkakan aku ia yang akan tumbang
rupa2nya aku yang kecundang
kenyataan menjadi sebaliknya

Dalam keadaan yang kecewa
aku tanya pada diri
siapa yang bersalah dan lemah?
Adakah aku, dia, atau siapa2 saja?

Jika aku yang bersalah
berilah aku peluang dilain kali
walaupun sedikit

Tak perlu engkau bertanya
Apakah aku punya persiapan
Engkau hanya perlu berkata…~pergilah’
engkau bebas lakukan apa saja

Berilah aku kekuatan
yang berumah dalam diri
yang bertiangkan kebenaran
Berkehendak penuh keyakinan.

Mulut

Mulut merupakan satu instrumen yang serba guna. Antara fungsinya ialah bercakap,makan ,minum,menyedut,meniup ,meludah dan macam2 lagi.Banyak perkara nak diceritakan tentang mulut seolah2 tiada kesudahannya. Dan mulut sendiripun menggunakan dirinya sendiri uantuk bercerita tentang dirinyaPernahkah anda menggunakan mulut untuk mengumpat?Dan pernahkah anda menggunakan mulut untuk memfitnah? Dan pernahkah anda menggunakan mulut untuk memperdaya? Dan pernahkah anda gunakan mulut untuk mencaci?menipu,dan sebagainya. Jika semua soalan di atas dijawab denga `Ya’ ,bermakna anda merupakan seorang yang benar2 jahat yang telah menyalahgunakan fungsi mulut. Itu juga menunjukkan bahawa anda benar2 tidak menghargai anugerah yang Tuhan berikan.
Kerana mulut ramai yang berjaya dan tidak kurang pula yang hidup dalam bahaya dan disumbat dalam penjara. Seseorang pernah ditinju kerana mulutnya terlalu kurang ajar.
Mulut juga mampu menyebabkan peperangan, pergaduhan , penceraian suami isteri, meruntuhkan sebuah keluarga, masyarakat . instituisi dan sebuah negara.
Kerana mulut ramai yang terkorban, jadi mangsa keegoan dan kebencian.
Mulut terlalu banyak mendatangkan kemudaratan jika disalahgunakan. Namun begitu jika tanpa mulut hidup akan jadi bertambah sukar. Dan yang paling saya tidak gemar ialah mulut yang berbau petai.
Hargailah mulut anda , andalah yang menentukan baik atau buruknya mulut anda.

Natrah

Natrah
Difailkan di bawah: Uncategorized — akfajack @ 6:06 am Sunting

Natrah….
Di dalam kematangan usia ini
mungkin akan terjawab
apayang pernah kita persoalkan dahulu
Aku telah berkali-kali bertanya pada diri
mengapaia mengambil masa
untuk memahamipersoalanini
dimana perhubungan kita terlalu abstrak
Natrah….
adakah kau masih menyimpan
Kad ucapan cinta yang pernah
aku berikan dulu
atau mungkin telah kau buang
lantaran aku telah mempermainkanmu
Sepatutnya aku tidak wajar bersikap begitu
Natrah ….
Cinta adalah sesuatu yang amat indah
Tetapi aku telah mencemari keindahannya
Cinta yang pernah aku lafazkan dahulu
adalah bayang2
Kerana diwaktu itu aku belum benar2 yakin
yang aku mncintaimu
Tetapi aku terburu2 menyatakannya kepadamu
Natrah,…..
Penjelasan ini adalah muktamad
Di dalamnya tersirat kebenaran yang tersendiri
Jika kau berpaling sekali lagi
Akumenganggap engkau benar2
membenciku
Dan jika kau ingin menyambung kembalihubungan cinta ini

Top Blogs
Hatiku terbuka luas untuk menerimamu.