Rokok

Apa ada pada rokok?
Sehingga kau mencarinya setengah gila
bila dapat kau usung ke sana ke mari
Sentiasa bersama bagaikan belangkas

ramai sungguh perokok di kalangan manusia
Di setiap bangsa pasti ada perokok
Melayu, Cina, India, Singh, Inggeris, Afrika, Monggolia, Eropah,…semua

Ada yang merokok untuk gaya
Ada pula yang untuk suka2
dan ada pula untuk hilangkan boring
Ada yang ikut2 orang
semua ada alasan tersendiri

Rokok tidak mengenyangkan
malah mendatangkan berbagai penyakit
Bermacam penyakit bahaya yang disebabkan rokok
tapi masih ramai tak peduli
Bila dah kena kanser paru2, gangrene,keguguran janin
Masa itu penyesalan pun tiba
Tapi dah tak berguna lagi
Bila penyakit dah terlalu kronik
Orang yang tak merokok turut terkena tempiasnya
Duit anak bini habis untuk beli ubat
Duit sendiri apatah lagi

Di kotak rokok tertera amaran

cobra

cobra


Merokok membahayakan kesihatan
Ia kerja berbahaya dan sia2

Kerajaan berkempen anti rokok
Tapi dalam pada itu rokok terus dijual
Sebab itu kempen tak berjaya
Jangan salahkan pengguna

kini harga rokok melambung tinggi
Perokok berpindah kepada rokok yang lebih murah
Hendak berhenti memang payah
tengah hujan lebat sanggup ke kedai
Di tengah jalan ribut taufan tak peduli
Sebab dah ketagih keterlaluan
Selagi tak tidur selagi Itulah mulut dan hidung berasap

Sesetengah ulama
berfatwa
Merokok itu hukumnya haram
Alasannya dari ayat Al Quran
“ Jangan campakkan dirimu ke jurang kebinasaan”

Sewaktu berkunjung ke sebuah masjid
Wak terbaca sebuah pernyataan
Di atas pintu masuk di sekeping papan
Fatwanya berbunyi:
‘ Merokok adalah haram’
Kalau tak percaya pergi tengok sendiri
Di masjid Hospital Besar Kuala Lumpur

Wahai perokok sekalian
Buang tabiat yang buruk itu
Duit untuk beli rokok itu
Lebih baik engkau sedekahkan
Atau gunakan untuk beli buku agama
Atau nafkahkan di jalan kebajikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: