Bacalah & Segumpal Darah

Bacalah…. kerana membaca itu suatu jalan
Yang akan menjadikan kau seorang cendikiawan
Yang memiliki banyak pengetahuan
dan mengatarkankau kepada kejayaan

Bacalah dengan nama Tuhanmu…
Yang menjadikan manusia dari segumpal darah
Itulah sebahagian dari firman tuhan!

Bacalah dan segumpal darah
mempunyai persamaan dalam berevolusi
Dengan membaca dari tak tahu menjadi tahu
orang yang bodoh menjadi pandai
Yang pandai bertambah pandai
Kemudian jika kau teruskan membaca
Yang bijak jadi cemerlang
Akhirnya menjadi cahaya
Menerangi segenap ruang dan manusia

Evolusi kejadian manusia pula berfasa2
bermula dari segumpal darah
Lalu tumbuh tulang2
Kemudian dibungkus dengan daging
Selepas itu tumbuh telinga, hidung, mata ,mulut,
tangan dan kaki
dan segala kelengkapan
Dan bila telah ditiupkan ruh
Jadilah ia seorang manusia
Sampai waktu ia pun lahir ke dunia
Memulakan hidup sebagai orang baru
Yang telah bersedia menghadapi cabaran demi cabaran
dan membawa bersamanya satu perjanjian
Antara dia dan Tuhan

Bacalah ( belajar ) kata2 pertama dari Tuhan
JSuatu saranan penuh bermakna
Harap kau faham dan amalkan
Jangan malu dan malas untuk belajar
Jika tidak kau pasti ketinggalan.

Tinggalkan komen