Terpedaya

Di kertas yang tak bergaris ini
Ku coret sebuah cerita
Pengalaman cinta
Belum pernah dipentas atau difilemkan

Dengan key a minor
Ku ciptakan sebuah lagu
Dengan nada yang tinggi
Aku suarakan kemarahan
kepada seorang perempuan
yang layak bergelar jalang

Waktu aku dibuai perasaan
dialah ratuku
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
yang ku nampak hanyalah keindahan
Jika ada yang berceritakan kekurangannya
Bagiku hanyalah rekaan
sangkaku mereka cemburukan aku

Tapi kini tidak lagi
Setelah aku sedari
kau adalah sekuntum bunga berduri
Di sebalik harummu
Ada debu yang meracuni
Di sebalik indah warnamu
Terselindung seribu kepalsuan
warnamu indah mempersona
Tapi tujuannya memperdaya

Kini aku sendirian
Kerana aku kau tinggalkan
Setelah kau mendapat apa yang kau idamkan

Sebentar tadi aku terlihat
Kau berjalan bergandingan tangan
Siapakh lelaki itu?
Mungkinkah dia mangsa kau yang seterusnya
Atau rakan kongsimu mencari ‘makan’

Tidak mengapa …hari ini harimu
Esok lusa mungkin hariku pula!

Web Site Hosting with KlickTheWeb – Low cost web site hosting, cheap domain registration, free search engine submission and free utility software downloads.

a href=”http://klicktheweb.com”&gt;KlickTheWeb” width=”88″ height=”31″ borde<

Tinggalkan komen