LailatulQadar 3

Entah mengapa Petang ini

Dalam mengingati Lailatul qadar

Hatiku berdebar2

takutkan kedatangan akhir Ramadhan

Maklumlah jika Ramadhan berlallu

Surau dan masjid kembali sepi

Berikut itu payah nak dapatkan makanan percuma

Kerana dibulan2 lain

Orang liat sedikit nak bersedekah

Tapi dibulan ini makan free melimpah2

Lailatul Qadar hadir dibulan mulia

Seperti cahaya atas cahaya

Kerana itu ramai yang terpesona

Untuk mendapatkannya

Aduh bilakah Lailatul Qadar tahun ini

Ada orang yang tau tapi ramai yg tidak

Ia tidak seperti gerhana matahari atau bulan

yg bisa dimengerti dengan kira2

lailatul Qadar tetap suatu rahsia

Bagi manusia2 biasa

Yg bernafsu amarah

Begitulah jua KehendakNya

Tinggalkan komen