Kos Sara Diri Meningkat

Kos Sara Hidup Meningkat

Pagi ini riuh rendah di kedai kopi
Sana sini orang ghairah berbincang
Mengeluh,meradang dan berwajah bimbang
Berhadapan dengan kenaikan harga barang

Harga petrol melambung naik
Harga barang lain kan mengikuti
Kerana petrol bagaikan kepala keretapi
Barangan lain gerabaknya

Kos sara diri makin meningkat
Langkah jadi semakin cepat
Peluang yang melintas disambar bak kilat
Baru beringat nak berjimat cermat

Namun masih ada yang tak serik-serik
Gila bergaya supaya orang tabik
Berbelanja tak ikut tertib
Membazir wang hutang membukit

Dunia ini semakin mencabar
Kehidupan jadi semakin sukar
Terlalu banyak tawar menawar
Akibatnya baju dan seluar makin longgar.

One response to this post.

  1. This page truly has all of the information and facts I wanted
    concerning this subject and didn’t know who to ask.

    Balas

Tinggalkan komen