Pilihan

Jalan yang terbentang di depanmu ada dua
kedua2nya telah kau sedia kenali
Sedari tubuh sebesar tiga jari
Engkau telah diajari
Oleh orang2 yang mengerti

Kedua2 jalan itu ada destinasi yang tersendiri
Namun kedua2nya berada dalam satu alam jua
Iaitu alam yang abadi

Jalan yang pertama adalah menuju syurga
penuh kesulitan
jalan yang kedua menuju neraka
penuh kesenangan

jalan menuju syurga penuh rintangan
Bukan mudah melintasi jalan ini
Ia dipenuhi ranjau,duri,racun dan bias
kau diuji dengan banyak cubaan
berupa kematian, kegagalan,kesakitan
kemiskinan, kebuluran, kekayaan, kekuasaan
dan penganiayaan

Jalan menuju neraka penuh kenikmatan
jalan yang menjanjikan kesenangan duniawi
Jika kau mahu ke neraka
ikutilah jalan ini
Lakukanlah kejahatan sesuka hati
seperti menyamun, membunuh,menganiaya dan sebagainya

Semua orang mahu ke syurga
Tiada seorang pun mahu ke neraka
Tahukah kau bagaimanakah bau syurga itu?
Dan pernahkah kau melihat keindahannya?
dan kesenangannya?
Jika kau sudah melihatnya
Pasti engkau mahu mati cepat
Dan meninggalkan perbuatan dosa
Kerana terlalu terpesona
Tidak sabar untuk memasukinya

Semua orang tidak mahu masuk neraka
Sekalipun orang gila
Tahukah kau bagaimanakh bau neraka itu?
Dan pernahkah melihat kengeriannya?
Jika kau sudah melihatnya
Pasti engkau tinggalkan berbuat kejahatan
Dan bersegera berbuat kebaikan

Ke manakah destinasi kita Selepas mati?
Kita sendirilah yang menentukan…
Kerana kita telah diberi pilihan
Antara dua jalan
kebaikan dan kejahatan
kebaikan dan kejahatan
.kebaikan dan kejahatan.

Tinggalkan komen