Posts Tagged ‘internet’

Internet

Tiap2 hari aku ke cc
Untuk mengisi masa
Aku terlampau asyik dengan internet
sehingga aku sanggup tinggalkan kerja
Sekarang ini kerja aku banyak yang terbengkalai

Beruntungnya kita punyai internet
Dulu tanpanya pengetahuan kita amat terbatas
Kalau mahukan sesuatu maklumat
Kena cari dalam buku ,kitab dan majalah
Modal pun kena lebih sebab harga media kertas tinggi
Kalau tak cukup wang bahan 2 tak dapat dimiliki

Internet terlalu banyak kebaikannya
Selain untuk mendapatkan ilmu dan maklumat
boleh juga digunakan untuk berhubung dengan semua orang
Samada ibu, bapa, adik kakak, kawan dan sebagainya
Malahan pernah seseorang memeluk Islam
juga melalui internet dimana dia
Melafazkan syahadah disaksikan orang islam lain
dan lafaznya juga didengari,bukankah komputer mempunyai mic?

Internet juga meyediakan peluang untuk mencari
ramai kawan
pengguna boleh bercating di mirc, membuka akuan
di laman2 web tempat mencari kenalan yang ada bermacam2
seperti TAGGED, Friendster, myspace dan lain2

Dengan adanya internet juga peluang
untuk meningkatkan perniagaan lebih
terdedah
Anda cuma perlu buatkan satu laman web
berbayar atau percuma ,lepas tu
pandai2lah pula mempopularkannya.

Setiap benda yang baik pasti
ada pula keburukannya
Internet bukan sahaja mampu membuat
orang jadi lebih bijak dan baik
Tetapi juga mampu merosakkan dan
membuatkan orang jadi jahat
kerana di internet gambar aksi2 porno dan ganas
sangat mudah didapati
Bukan itu sahaja di internet juga
banyak tersebar berita2 palsu dan bermacam2 fitnah
kesimpulannya , siapa yang terpedaya
akan rosaklah dirinya.