Bersendirian

jika haiwan pun perlukan waktu bersendirian
Apatah lagi manusia
Ia merupakan suatu keperluan
Untuk merehatkan jiwa, fikiran dan mulut
Jika jiwa dalam kecelaruan
Jalan terbaik untuk meleraikannya
ialah dengan bersendirian
Begitu juga dengan mulut
Bila ia keletihan
Jauhkan diri dari orang ramai
Supaya ia dapat berehat
Dari banyak berkata2

Biasanya apabila bersendirian jiwa dan fikiran mendapat ketenangan
Engkau boleh merancang tanpa gangguan
Berfikir dan berkhayal secara santai
Tetapi jangan terlalu banyak bersendirian
Kelak engkau dituduh sombong
atau kera sumbang

Sesetengah orang menganggap
orang yang sering bersendirian seorang yang misteri
Mungkin juga ramai yang mudah tertarik
Kerana mereka yang begini kelihatan sentimental dan romantik

Orang yang memilih bersendirian
Mempunyai alasan yang tersendiri
Ada yang mencari bahan untuk tulisannya
mengira untung rugi perniagaan atau
Asyik mengingat Tuhan atau buah hati
Mungkin juga kesal akan dosa2
Atau mungkin sifatnya memang begitu

Tetapi apa yang jelas ialah
orang yang sering bersendirian
Kebanyakannya adalah orang gila
Lihatlah di sekeliling anda
Sesudah itu pasti anda membenarkannya

Telah menjadi pemandangan biasa
kadang2 di bas stand
Ada orang gila duduk sorang2
Di padang permainan pun ada
begitu juga di stesen keretapi, di pasaraya,
di tepi2 jalan dan di banyak tempat yang lain

bersendirian memberi banyak kebaikan
terutama ketika asyik teringatkan sesuatu yang dicintai
Tetapi awas…berhati2!
Kerana syaitan sangat gemar mendekati
Orang2 yang suka bersendirian
kerana tugasnya untuk memujuk dan merayu
jadi lebih mudah
Menusukkan jarum kesesatan
Ke dalam fikiran dan perasaan
Apatah lgi jika jiwa itu sentiasa dalam keraguan
Kesesatan lebih mudah disuntikkan

Bersendirian…..
Jika itu memberi kau banyak kebaikan
Teruskanlah
Jika sebaliknya pula?
Maka hentikanlah!
Pilihan ada di tanganmu

Suatu masa setelah kau disemadikan
Itulah bersendirian yang tak dapat di elakkan.

Tinggalkan komen