Posts Tagged ‘wabillahitaufik’

Ibu

Wahai teman2, sekelian! anda hendaklah selalu ingatkan pengorbanan ibu anda. Mudah2an dengan berbuat demikian anda akan mendapat kesedaran dan kasih kepadnya bertambah. Santunilah ibu anda dengan penuh kasih sayang. Jagalah ia seperti ia menjaga anda sewaktu anda kecil. Jika ia dalam kesusahan bantulah ia menyelesaikan kesusahannya. Jika ia sakit jaga dan rawatlah ia. Jika ia memberikan teguran dan nasihaT UCAPKANLAH TERIMAKASIH, JANGAN SEKALI-KALI MEMBANTAH APATAH LAGI MENJAWAB DENGAN KATA2 YANG KESAT.
Nabi pernah bersabda: syurga terletak di bawah telapak kai ibu. Itu menunjukkan kedudukan ibu lebih tinggi dari syurga. Syurga tidak akan menerima masuk anak yang derhaka kepada ibunya. Selagi si ibu belum memaafkan anaknya selagi itulah pintu syurga tertutup rapat untuk sianak.
Setelah dewasa ramai anak2 tidak melayan ibu mereka seperti yang sepatutnya. Seolah2 ibu tidak pernah berjasa kepada mereka.Inikah balasan yang ibu dapat? Pengorbanan mereka dibalas dengan layanan yang tidak adil. Ibu2 dikasari dan dipinggirkan. Ibu dicaci dan dimaki sesuka hati, dihamun dan diherdik. Kehadiran ibu terasa menyusahkan, kerana itu ada antara anak yang tergamak menghalau ibunya sendiri. Dengan hati yang sedih dan terluka siibu melangkah pergi. Walaupun ia diperlakukan dengan buruk namun seorang ibu masih dapat memaafkan anaknya, dan ia masih sudi mendoakan akan kebahagiaan anaknya.

‘Syurga itu di bawah telapak kaki ibu’ Begitulah sepotong ayat dari lagu dendangan Aishah. Tak usah kita susah2 mencari siapakah yang menulis lirik dan lagu tersebut, yang paling perlu dibuat ialah jagalah ibu kita sebaik2nya. Janganlah berlaku kejam kepadanya. Ingatlah ! jika satu titis air mata ibu jatuh ke bumi kerana terluka dengan anaknya nescaya bumi akan melaknat si anak sehinggalah siibu memaafkan.
Sekian untuk kali ini .Wabillah hi taufik.