Lagu

Lagu…..
Menerbitkan pelbagai rasa
Selesa, berdosa, terasing dan teruja
Jiwanya unik terlalu menarik
Tak dapat diungkapkan dengan kata
Bila hatiku gembira
Semua lagu dapat diterima
Bila tertekan serba tak kena
Terasa bagai membuang masa
Lagu cinta tumpuan semua
Lagu jenaka penghilang duka
Lagu kebenaran bagai cahaya
Lagu lucah pengotor jiwa
Siapakah yg dapat hasilkan lagu yg sempurna?
Membuat pendengar terbuka minda
Lalu menempatkan diri di kedudukan yg sepatutnya
Peranan diri seorang hamba
Lagu yg baik sentiasa bernyawa
Melodinya indah begitu juga senikata
Di merata tempat ia bergema
Kekal abadi seusia dunia…

Tinggalkan komen