Maghrib

Waktu Maghrib telah pun tiba
Suara azan bergema memenuhi
Ruang di perkampungan ini

Kemerduan suara muazzin sungguh memikat
Hati orang2 yang beriman pun tersentuh
Lantas mereka bergerak cepat
Menuju ke masjid
Atau pulang ke rumah masing2
Bagi mereka laungan itu
Mesti dihormati dan dipatuhi
Kerana ia adalah suatu panggilan agung

Tetapi bagaimana pula dengan segelintir manusia?
Yang masih duduk2 di tepi2 jalan
kedai kopi, pasaraya, pasal malam, padang permainan,

Ku lihat mereka masih
belum bergerak dari tempatnya
Malah semakin rancak bersembang
atau membeli belah
bermain atau sedang makan di restoran dengan lahapnya
sedang asyik pula mendedahkan aurat

Adakah telinga mereka pekak?
Atau ada sumbat di dalamnya?

Tiadakah keinsafan?
Tiadakah kesedaran?
Tiadakah kehambaan?
Tidakkah mereka mengerti bahawa
Panggilan mengerjakan solat itu
Beerti panggila menuju kejayaan.

Tinggalkan komen